Masa depan~~~
Hari ni aku nak cerita pasal pe ek? Hidup aku ni xde la best sangat, cuma aku suka hidup begini. Ye la, mungkin best bg org lain, tapi xtak bagi aku. Tak best bagi aku, best bagi org lain.
Pagi2 masuk opis, berYM je keje aku. Terok aku nih. Huhu, nampak gaye mlm ni kene blk lewat sket. Ye r, ganti balik time aku berYM itu. Hahaha….
Hrm, petang sket cari lagu Dewa 19 - Cintaku tertinggal di Malaysia. Sajer, teringat kt senikata lagu nih. Aku ni xda la minat Dewa tu, tp da lagu dia tu best [bagi aku la], aku pon post kt Sehening Kalbu. Hihi…
Owh, member aku gelak2 aku taruk nama Sehening Kalbu tu. Sabo je la… Tapi ada maksud yang tersirat. Masa aku tengah berpk2 nk wat blog tu, aku carik la nama yang best. Last2 terlintas la Sehening Kalbu. Biasanya firasat dgn sangkaan yang baik pasti mendatangkan kebaikan [suatu jenis ilham gak] maka percaya je lah. Hihi, alhamdulillah… Blog Sehening Kalbu tu da glemer la sket. [Boleh r...]
Merenung kembali nasib diri.Kadang2 aku terasa sangsi gak. Berjaya tak aku g Australia? Hrm… Doa2 je la, mana tau ada rezki. Klo xde maka mungkin rezki aku cuma ada di Malaysia je la. Sebab pe aku cakap nk g Australia? Act aritu apply keje. Keje tu kt dalam Malaysia ni jek. Cuma dengo khabar yang boleh dipercayai, katanya klo dpt kene g Australia, blaja pasal mesin. Itu je la satu2nye keje yg aku apply, heh.. Aku ni bodo + degil sket. Membe aku ckp g la mintak byk2 company. Tapi aku harap yg satu tu jek. Apepon hidup kene yakin, dan percaya.
Aku ni slalu sgt ikut gerak hati. Selalunya gerak hati aku membawa kebaikan. Jarang sangat gerak hati aku ni menyusahkan aku. Kene percaya, dan yakin. Itu yang aku cakap kt diri sendiri hari2.
Klo hari ni kita rasa susah, kene percaya, dan yakin bahawa kesusahan itu datang dr Tuhan, yang sengaja memberi ujian pada kita.
Klo hari ni kita rasa malu, sedih, pilu, percaya gak, dan yakin, semua ni datang dari padaNYA, atas sebab kelemahan diri.
Tapi yakin dan percaya ni kene pada tempat yang positif. Jangan asik pk negatif. Kadang2 ade org asek pk negatif. Pemikiran itu suatu doa gak. Sebab bila kita berfikir, secara langsungnya hati kita turut berfikir. Maka apa yang kita harapkan itu, Insya Allah ia menjadi kenyataan. So bila asik pk negatif, maka negatif la yang kita dapat.
Aku lak suka pk pasal masa depan. Apa yang aku nak buat. Apa yang aku perlu buat. Honestly aku ni bukan siapa2. Bodoh2 alang jek. Hehe… [membe aku cakap poyo je lebey] Tapi dengan kesedaran diri sendiri. Aku tau aku kene buat sesuatu dalam hidup aku. Takkan la nak tunggu rezeki jatuh dari langit. Mana ada rezki yang datang bergolek. Klo ada pon biasanya takda berkat.
Aku ni bukan seorang yang bijak dalam perancangan. Maka aku perlu buat sesuatu dalam hidup ini. Merancang, dan berusaha untuk memastikan rancanganku berjaya. Jangan mengalah walaupon payah. Pantang undur bila melangkah. Kecuali kalo ade aral di depan tu, berundur la. Takkan nak main redah je duri2 tajam atas jalan. Hikhik…
Sesuatu yang peribadi. Hrm, aku takleh menulis di sini. Ada hati yang perlu aku jaga. Tapi dalam hidup ni, kita perlu sentiasa mohon petunjuk. Mintak moga Tuhan beri pertolonganNYA, moga DIA sentiasa ada bersama kita, saat susah dan senang. Kita ni selalu ingat Tuhan masa susah je. Masa senang slalu lupa pada DIA. Siapalah kita? Kalau asik lupa kt DIA, bila kita susah terus nak harap DIA tolong kita. Mana boleh macam tu. Kita sama kawan2 kita pon bila member sendri wat perangai mcm tu, mesti la kita `bengkek` gak kan. Masa senang xpenah nampak batang hidung. Time susah tup2 ada depan pintu. Aku klo jumpa membe mcmni, mmg aku hangin. Tak kesah la laki ke perempuan. Time senang langsung xcontact. Time susah baru pandai nak meminta tolong. Kalo sekali tu xpe gak. Mayb emergency, ni berkali2 tau tak. Pastu ertikata berkali2 tu bukannya setahun sekali, ni bole la kata dlm sebulan sekali. Geram btol ade member mcm nih.
K la, da byk sgt merapu, ahaha… Oh lupa, td aku tgk ade sorg masuk Diari ‘Di Sini Berhenti’ aku nih. Maaf la kawan, xde apa yang menarik pon di sini…
Ok, akhir kata…
“rajin2 la wat solat istikharah, minta petunjuk… :)”
About
Cuma sebuah diari.Takda apa pon yang menarik di sini. Tapi klo korg tersinggah di sini gak, terima kaseh banyak~~~
Ingin mengenali daku? Singgahlah ke Sehening Kalbu…














