Hari Ni Hari Jumaat - Peluang
Apa keistimewaan Hari Jumaat? Hari Jumaat adalah penghulu segala hari. Hari Jumaat gak Umat Islam [yang lelaki] diwajibkan menunaikan haji. Owh, bagi yang tak paham tu, dimaksudkan menunaikan haji pada hari Jumaat adalah pergi mendengarkan khutbah dan kemudian menunaikan Solat Jumaat dua rakaat beramai2.
Hrm, aku bukan nak cerita pasal hari Jumaat, lagipon aku tak ingat fakta2 berkenaan hari Jumaat tersebut. Klo korg nk, carik sendiri la. Aku nak cerita pasal PELUANG.
Ya, kita semua biasa dengar berkenaan peluang. Sesuatu yang patut kita cari, kerna peluang tu takkan datang sendiri. Peluang hadir pada saat, masa dan waktu tertentu. Jika ditunggu bulan jatuh ke riba, maka sampai bila pon bulan tu tetap tempatnya di atas langit tu. Kita jangan menjadi seperti burung pungguk, yang asik duduk memerhatikan bulan. Kita melihat bulan, walaupun ianya mustahil dicapai, tapi sekurang2nya kita berusaha untuk pergi ke bulan.
Itu suatu perumpamaan sahaja. Seorang kawan bertanya, kenapa awk ni, sudah la tak pernah jumpa, malah baru sahaja berkenalan, tapi awk percayakan dia.
Kenapa? Sukar untuk aku menjawab soalan itu. Seorang lagi kawan memberitahu, jika begitu maka mudahlah kita dipijak. Sebenarnya kita percaya bersebab. Jangan la percaya tanpa sebab. Jika percaya tanpa sebab maka mudahlah kita dipermain2kan.
Percaya dengan sebab dan alasan tersendiri.
Ya, begitulah. Kadang2 sesetengah perkara itu tak dapat dihuraikan dengan kata2. Malah lebih sukar difahami dengan pancaindera.
Aku amat mempercayai kata hatiku. Kerna kata hati itu sebahagian dari ilham. Memang kadangkala bila percaya pada hati, maka matilah jawabnya. Tapi bagi aku, lebih baik mati, jika terlalu takut untuk mempercayai hati sendiri. Dalam hati itu adanya jiwa. Dengan jiwa itu datangnya semangat. Jika hidup tanpa semangat? Maka jadilah seperti orang yang tersesat.
Tapi sesuatu yang lebih penting, bersabarlah. Aku mendidik diriku menjadi seorang yang penyabar. Sebenarnya aku sangat mudah naik angin. Egoku lebih tinggi. Bila putih kataku, maka putihlah ia. Tapi dengan kesabaran, aku mendidik jiwaku. Mengekang nafsuku. Dengan kesabaran juga aku membentuk peribadiku, untuk percaya pada masa depan.
Kadang kala hidup ini kita rasakan terlalu sukar. Mengharapkan panduan Ilahi, maka kita kene kembali padanya. MengingatiNYA, dan mengharapkan DIA sentiasa di samping kita.
Aku bukan seorang pendakwah, juga bukan seorang Da`i. Namun aku ingin sentiasa mengingatkan diriku. Aku pernah tersilap langkah, dan kini aku tak sanggup terus tersilap langkah. Kekecewaan itu cuma pemberi semangat untuk berjuang. Kadangkala kita takkan dapat apa yang kita kehendaki hari ini. Tapi kita pasti memperolehi apa yang kita pinta dariNYA, cuma mungkin lambat sedikit.
Maka bersabarlah…
Peluang itu sentiasa terbuka untuk kita, cuma kita perlu membuka hati kita, untuk membuat pilihan, sama ada untuk merebut peluang itu, atau pergi meninggalkannya…
Dan jangan lupa, sentiasalah berserah kepada Yang Maha Esa, jika boleh buatlah istikharah selalu…
Kita sentiasa perlukan petunjuk darinya. Tiap saat dan tiap waktu. Kita perlukan petunjuk dalam hidup kita. Agar bila kita tersilap dalam membuat keputusan, maka kita ketahui bahawa DIA sangat menyayangi kita…
About
Cuma sebuah diari.Takda apa pon yang menarik di sini. Tapi klo korg tersinggah di sini gak, terima kaseh banyak~~~
Ingin mengenali daku? Singgahlah ke Sehening Kalbu…














