Jiwa Yang Tenang
Bagaimana memiliki jiwa yang tenang? Tok Guru aku penah cakap, “Ingatlah mati, nescaya hati akan menjadi tenang,” ni mayb hadith, tp aku xingat sangat, maklumla aku dulu bukan belaja bidang hadith…
Tapi kadang2 dalam sesuatu perkara tu kita takkan rasa tenang, serba xkena.. Rasa xsedap hati, kenapa? Sbb mudahnya kita taktau napa kita rasa xsedap badan dan hati, hikhik…
Kadang sbb kita jumpa balik kenangan lama, yang sangat melukakan hati. Walaupon ia bukan salah kita, tp cerita yg pahit tu takkan mudah kita lupa. Apa yang paling teruk adalah, kita dah xrasa apa2 bila kita jumpa balik kisah yg pahit tu. Tiada lagi rasa marah, tiada lagi geram, tiada pilu, tiada duka, tiada lara… Kita cuma rasa, kosong…
Kadang2 aku rasa kosong sendiri… Kadang sesetengah perkara kita mmg xleh dapat, perlu menghormati perasaan org lain. Ia, selalu sahaja aku jumpa org yang tidak reti menghormati org lain. Aku bukan yang terbaik. Tapi sekurang2nya aku tak mempergunakan org lain untuk kepentingan diri sendiri.
Mencari jiwa yang tenang? Paling mudah meratib la membaca Surah Yaasin… Tok guru aku ckp Yaasin tu ibu al-Quran. Klo bace sekali tu mcm da khatam al-Quran sekali. Lagi satu klo kita ade masalah, berdoa la doa yang baik2, insya Allah masalah kita dipermudahkan… Senior aku dulu ada cerita, suatu minggu dia rasa susah sgt, sbb xde duet. Skola aku tu skola berasrama. Pastu zaman tu mana org ade duet sangat. Musim ekonomi yg gawat. Org sekarang ni tau belanje jek. Tapi susahnya mak bapak mencarik duit tu diorg xrasa. Petang tu dia pon membaca Yaasin. Elok2 je dia sedang enak membaca itu, tiba2 ada sorg pakcik dtg kt dia bg sedekah. Terkejut la dia, tapi dia terima je lah tanpa berkata apa2.
Itu suatu kisah yang paling dekat dgn diri aku. Aku kenal senior yg baik itu maka tentulah akan aku ingat smpai skrg. Aku ni kadang suatu benda yg aku lihat, bace dan dengar tu, aku akan ingat smpai skrg. Tp kdg2 benda yg agak remeh bg aku tu, mudah sahaja aku lupakan. Hikhik… Mungkin penting pd org lain. Tapi da aku xleh ingat, jgn la cepat nek angin.
Aku lak? Hrm, kadang2 aku suka menulis. Sebab tulisan itu menenangkan hatiku. Aku sebenarnya xsuka sangat org bace apa yg aku tulis. Tapi korg2 yang bace ni aku xkenal pon. So aku pk, xper la… Xluak pon org mao bace. Hidup xleh kedekut ma…
Bila menulis aku rasa sedikit beban yang aku tanggung berkurangan. Kadang2 pala terasa ringan. Sebab bila menulis itu, kita cuba membebaskan minda kita. Xde la rasa terkongkong sgt. Aku ni xsuka nk ngutuk2 artikel or isu2 semasa. Klo kebetulan tu maknanya benda tu mmg patut dikutuk. Klo apa yg kita kutuk tu betul, dapat r pahala. Tapi kalo salah? da jd fitnah kn. Tambah 1 dosa. Pastu org len baca dan tumpang mengutuk? Beranak pinak la dosa kita. Hikhik…
K, sampai sini sahaja aku merapu. Bubye all~~~
2 komen »
Tinggalkan komen
About
Cuma sebuah diari.Takda apa pon yang menarik di sini. Tapi klo korg tersinggah di sini gak, terima kaseh banyak~~~
Ingin mengenali daku? Singgahlah ke Sehening Kalbu…















Menulis memang satu terapi utk mencari kedamaian hati. Itu saya kata..bukan orang kata tau. Orang lain mungkin kata lain. Orang kata…begitu dan begini….
Terima kasih Haniey.. Sependapat dgn aku. Dan terima kaseh juga kerna singgah di sini…
