Di Sini Berhenti

Perhentian Suatu Kenangan

Sudah Pagi Ahad da~~~

Setelah puas aku merapu berkenaan filem [lihat post sebelum nih, err... walaupon aku bukan org filem, tp nak merapu gak, ahahah] Maka aku teruskan kisah aku di sini. Act aku pk byk sgt. Oleh sebab aku ni xreti nak pendekkan tulisan aku [idea aku simple je, tp ntah mcmna aku leh tulis panjang berjela2, aku pon xtau...] maka dengan ini aku pon bukak la satu lg post yg baru. Klo diperap nt lupa lak nk tulis.

Act sebelum ni ada terbaca berkenaan Jodoh kt blog esarli. [Cari sendiri blog ni, kt Sehening Kalbu tu aku ada wat direct link] Spotong ayat yang aku ingat, “wanita yang tidak berkahwin kerana tiada jodoh.” Kata esarly dia cuma copy n paste di sini. tapi bukan itu yg aku mahu cerita.

Ayat tersebut sangat ringkas. Tapi korg semua nak percaya mcm tu ka?

“Tiada Jodoh”

Ada ka org yang sejak azalinya tertulis di Arasy bahawa lahirnya dia dengan “tiada jodoh” sehingga matinya dia. Bukakah bunyinya amat kejam? Seolah2 Tuhan tu sangat tidak adil kerna memberi Jodoh pada org ini, tetapi tidak memberi jodoh pada org itu. Amat tidak patut kan, kerna secara tidak langsungnya kita menyalahkan Tuhan Yang Esa itu. [Klo org itu adalah org yg berilmu, boleh jatuh kufur nih.]

Soal Jodoh 

Jodoh itu ada, telah dijanjikan setiap kita punyai pasangan untuk dikahwini. Baca sahaja ayat Quran yang bermaksud, “diciptakan setiap makhluk itu berpasang-pasangan, agar kamu saling mengenali,” [maaf tak tahu surah apa ayat ke berapa] Maknanya mudah, peluang untuk bertemu jodoh itu sudah diberikan pada kita.  Tapi ayat ini bukan menghalalkan untuk bercintan-cintun ha, [mcm pak2 ustaz muda yg selalu pertahankan, meluat aku] ayat2 yg melarang pergaulan bebas pon ada gak tau. Bagi la alasan apa pun, tp bg aku, cinta tu bukan untuk `try n error’. Ko da pilih dia, ko kawen dgn dia, kecuali dia mmg betul2 TEROK!!!

Bagi yang belum kahwen, sama ada tua atau muda, ingatlah kembali, pernah tak selama ini ada org asek perhati kita dari jauh, jeling kt kita. Pastu bila kita duduk dekat2 dgn dia, dia tu mcm bodo jek, berat mulutnya mcm ada emas di dalam. Bila bercakap, sepatah di tanya sepatah yg keluar. Korg pernah pk x dia tu jodoh korg? Biasa org penyegan beginilah sikapnya. Nak berkawan pon terasa sgt segan. Lagi la klo nk bercouple. Hahaha… tp soalnya di sini, mungkin itu jodoh korg kn?

Kemudian ingatlah saat penah bercouple, [Ni bagi org2 yang pernah kecewa dan dikecewakan, mcm aku la... sapo lg.] Pernah tak korg pk, mungkinkah aku sudah buat silap? Dan selama korg bercouple tu, ada org lain yg suka kt kita. Maka tanpa berfikir panjang kita pon pertimbangkan nk pilih org yg kita cinta atau org yg mencintai kita [nih selalunya bagi org yg rasa dia xhappy dgn couple dia tu, klo couple dia tu mmg teruk, lain la cerita, tp dia tau couple dia baik, tp oleh sbb suka yg org ke-2 tu, dia dalam dilema] Hrm, soalnya di sini…. kita ada pilihan kan?

Kemudian bg org yg terlalu merendah diri, asik berfikir negatif. Aku tak cantik, Aku tak hensem. Siapa la aku nih. Siapa la yang nak kt aku. Aku huduh. Aku gemok. Aku buncit. Aku mmg takde jodoh… [Selalu komen yg sangat negatif pd insan yang bernama aku] Yang ni terus terang adalah jenis yang mengalah sebelum berjuang. Pernahkah korg berfikir, klo la korg try ngorat org tu, mayb dia jadi pasangan kita kn. Belum cuba belum tau. Tak kesah la lelaki or perempuan. Formulanya senang je, bila kita kaco dia hari ni dan dia still ingat kt kita selepas 2 minggu, maka ada peluang la tu. Kaco berpada2 la, jgn jd stalker… Soalnya di sini…. Perlu ada keinginan kan?

Ade gak org yg xnak atau takut nak kawen. Kononnya nk tgu cinta sejati la. Nk tgu yg sesuai la, belum sedia la, susah nk percaya kt dia la, macam2 lg la… Yang ni lantak korg la. Apepon alasan korg, korg sendri yg menutup pintu jodoh tu… Maka jangan disalahkan sapa2 bila terpaksa hidup seorg diri sampai ke tua.

Kesimpulannya,

Jom kita ulang balik di sini:

1. Kita jumpa seorg yg malu2 kucing + penyegan yg amat dgn kita, tp sbb kita rasa dia xgentleman/xgentlewoman, maka kita pon jual mahal. Padahal, mayb dia jodoh kita kn?

2.  Kita ada pilihan untuk memilih jodoh kita. Tapi, betulkah pilihan yg kita buat di saat dan waktu tersebut? Kadang2 kita tinggalkan sesuatu yg baik, mengharapkan yg lebih baik, padahal hakikatnya kita amik yg lebih buruk, dan tinggalkn yg terbaik untuk kita. Nih bagi si Playboy n Playgirl di luar sana.

3. Perlu ada keinginan. Klo xde keinginan nak bercinta dan berkahwin tu, susah la nk cakap. Sekurg2nya kene percaya. Jodoh tu ada untuk kita, dan kita layak untuk jodoh tu. Doakan kita dapat yg terbaik…

Maka apa korg tunggu lagi? Berusahalah… Ubati hati yg luka, untuk masa depan yang gemilang. Kadang kala mengahwini org yg kita tak cinta itu lebih bahagia, kerna cinta itu boleh hadir selepas kahwin. Cuma perlu ada perasaan redho pada perkahwinan itu, dan menyukai perkahwinan itu sendiri. Maksudnya kene la suka pada pasangan kita tu, dan setuju dengan rela untuk berkahwin dengan dia. Mungkin itu yang terbaik…

Menunggu Putera berkuda putih sambil menyorok di serambi loteng, mengharap dia menyedari kewujudan kita [maknanya menutup hati sambil menunggu org jatuh cinta kt kita la] tentu amat mustahil kan. Sekurang2nya perlihatkan diri di jendela agar mudah dilihat Sang Putera, dan jika Putera tak sedar kewujudan kita, apa salahnya menggamit perhatian Putera itu kan. :) [harap2 korg paham la ayat tersimpul tersirat aku nih... hikhik]

Okies, Selamat bercinta untuk semua!!!

Jjangan lupa banyakkan berdoa mohon yg terbaik, serta rajin2 la wat istikharah tu…

PERCAYALAH PADANYA!!!

Januari 27, 2008 DIkirim oleh anakkawi | Aku Merapu Sendiri | , , , , | 4 komen

Hari Sabtu - Pasal Filem -

Hari ni aku g Mid Valley. Tengok wayang. Fuh, lama gile xg tgk wayang, ajak sorg tu dia mao g, [act xtau nk wat keputusan nk g ke tidak, xpe la, aku maafan...] ahahha… Nasib baik sorg lg kwn aku nk g lak. Maka pergilah aku tgk cerita Gabriel. [Cerita khurafat pasal Malaikat yang diturunkan ke dunia kegelapan.]

Oh, sapa yg tak kuat iman jgn tgk cite ni. Act aku nk tgk cite Rambo, tp masa tu seat yg best suma sudah ditempah.  So layan je r Si Gabriel nih. Tapi part last skali tu aku terpk, apsal la Gabriel tu bunuh diri [jatuh terlentang dr bangunan] selepas berjaya menyelesaikan tugas dia? Ntah r, nama pon cerita yg sesat lagi menyesatkan. Bole lak Lembaga Penapisan Filem kita luluskan cerita mcmni. Lebih baik diorg luluskan cerita HellBoy yg mmg diketahui cerita fiksyen tu. Bodoh betul org2 dalam lembaga tu. [Kebodohan tu ditujukan pada pegawai2 yg terlibat meluluskan filem tu r, xde sentimen keIslaman betul, agak2 diorg bukan org yg beriman kot, klo diorg Beriman Pada Malaikat, tentu diorg xkn luluskan cerita mcmni.] Tapi dr satu sudut yg lain, aku rasa diorg amalkan sistem, “sapa bayar lebih dia la dapat lebih.” Rasuah la tu!!!

Tapi napa aku gatal tgk gak cerita mcmni? Sebabnya hanya satu, sekurg2nya kita boleh berfikir dan tidak diperbodoh2 oleh org yg sememangnya xberapa nk pandai tu. Berfikir tu bukan maksudnya bersikap prejudis. Klo korg xtau apa maksud prejudis tu, ia lebih pada fobia atau rasa marah dan benci pada suatu kumpulan, atau puak atau negara, etc.. Contohnya macam ni la, bila sahaja suatu filem dikelarkan oleh pihak Hollywood, xkesah la cite apa pon, maka kuarla kenyataan, produser Hollywood ni penipu, wat cete xbetul la, bla bla bla… [Apa2 komen yg negatif la, mcm ade sorg membe aku tu, sangat prejudis]

Contohnya ble tgk cite Black Hawk Down, maka membe aku tu pon bg komen, Hollywood wat cite tipu la, konon2nya Amerika hebat sgt la, mcm2 la komennye. tapi masa mengomen tu, penah x pk, ye la, da filem tu Hollywood [Amerika] yg kuarkan, xkn dia nk kuarkn cerita yg diorg kalah kt Vietnam dulu? Betul x. Paling mudah la, klo korg nk terbitkn film sendiri psl kehidupan korg, xkn la korg nk wat filem yg menunjukkan kelemahan korg, nk tunjukkan kesusahan dan keburukan korg, klo tunjuk pon last sekali mesti jd hero kn? [Mcm cerita Afdlin Shauki dalam Buli, last2 dia jd hero gak kn.] Begitulah situasinya dengan Hollywood… Aku bukan sokong diorg, tp da cerita tu diorg  yg wat, sukati diorg la. Klo nk kutuk2 xpyh la tgk.

Ada lak membe aku sorg nih, suka sgt nk kutuk grafik, video, audio dan semua berkenaan masalah teknikal. Wah, malas aku layan dia. Suh jd pengkritik xnk lak…  Ok, itu suatu kisah yang lain. :P

Januari 27, 2008 DIkirim oleh anakkawi | Aku Merapu Sendiri | , | 1 Komen