Di Sini Berhenti

Perhentian Suatu Kenangan

Hari Sabtu - Pasal Filem -

Hari ni aku g Mid Valley. Tengok wayang. Fuh, lama gile xg tgk wayang, ajak sorg tu dia mao g, [act xtau nk wat keputusan nk g ke tidak, xpe la, aku maafan...] ahahha… Nasib baik sorg lg kwn aku nk g lak. Maka pergilah aku tgk cerita Gabriel. [Cerita khurafat pasal Malaikat yang diturunkan ke dunia kegelapan.]

Oh, sapa yg tak kuat iman jgn tgk cite ni. Act aku nk tgk cite Rambo, tp masa tu seat yg best suma sudah ditempah.  So layan je r Si Gabriel nih. Tapi part last skali tu aku terpk, apsal la Gabriel tu bunuh diri [jatuh terlentang dr bangunan] selepas berjaya menyelesaikan tugas dia? Ntah r, nama pon cerita yg sesat lagi menyesatkan. Bole lak Lembaga Penapisan Filem kita luluskan cerita mcmni. Lebih baik diorg luluskan cerita HellBoy yg mmg diketahui cerita fiksyen tu. Bodoh betul org2 dalam lembaga tu. [Kebodohan tu ditujukan pada pegawai2 yg terlibat meluluskan filem tu r, xde sentimen keIslaman betul, agak2 diorg bukan org yg beriman kot, klo diorg Beriman Pada Malaikat, tentu diorg xkn luluskan cerita mcmni.] Tapi dr satu sudut yg lain, aku rasa diorg amalkan sistem, “sapa bayar lebih dia la dapat lebih.” Rasuah la tu!!!

Tapi napa aku gatal tgk gak cerita mcmni? Sebabnya hanya satu, sekurg2nya kita boleh berfikir dan tidak diperbodoh2 oleh org yg sememangnya xberapa nk pandai tu. Berfikir tu bukan maksudnya bersikap prejudis. Klo korg xtau apa maksud prejudis tu, ia lebih pada fobia atau rasa marah dan benci pada suatu kumpulan, atau puak atau negara, etc.. Contohnya macam ni la, bila sahaja suatu filem dikelarkan oleh pihak Hollywood, xkesah la cite apa pon, maka kuarla kenyataan, produser Hollywood ni penipu, wat cete xbetul la, bla bla bla… [Apa2 komen yg negatif la, mcm ade sorg membe aku tu, sangat prejudis]

Contohnya ble tgk cite Black Hawk Down, maka membe aku tu pon bg komen, Hollywood wat cite tipu la, konon2nya Amerika hebat sgt la, mcm2 la komennye. tapi masa mengomen tu, penah x pk, ye la, da filem tu Hollywood [Amerika] yg kuarkan, xkn dia nk kuarkn cerita yg diorg kalah kt Vietnam dulu? Betul x. Paling mudah la, klo korg nk terbitkn film sendiri psl kehidupan korg, xkn la korg nk wat filem yg menunjukkan kelemahan korg, nk tunjukkan kesusahan dan keburukan korg, klo tunjuk pon last sekali mesti jd hero kn? [Mcm cerita Afdlin Shauki dalam Buli, last2 dia jd hero gak kn.] Begitulah situasinya dengan Hollywood… Aku bukan sokong diorg, tp da cerita tu diorg  yg wat, sukati diorg la. Klo nk kutuk2 xpyh la tgk.

Ada lak membe aku sorg nih, suka sgt nk kutuk grafik, video, audio dan semua berkenaan masalah teknikal. Wah, malas aku layan dia. Suh jd pengkritik xnk lak…  Ok, itu suatu kisah yang lain. :P

Januari 27, 2008 - DIkirim oleh anakkawi | Aku Merapu Sendiri | , | 1 Komen

1 Komen »

  1. aku bukan nak komen nak beri pendapat jer.

    Sambil duduk-duduk mengorek idung mencari ilham tiba-tiba TV3 menyiarkan cerita ‎SINDARELLA ala-ala royal-royal gitu. Kisah anak-anak raja. Maka dengan terpaksa ‎aku pun tertengok la juga. Bukankah aku ni pun penulis skrip jugak. Tapi cerita-cerita ‎aku tu berat-berat sikit. Cerita psiko-thriller yang agak susah nak faham. Cerita seram-‎seram kuku pun aku ada buat jugak. Tapi aku bukan nak cerita pasal karya aku tapi aku ‎nak cerita pasal budaya buat drama dan filem di Malaysia ni.‎

    Mungkin ramai yang marah kalau aku katakan penggiat drama kita sebenarnya perlukan ‎lebih banyak homework dan rujukan. Mungkin macam aku kot. Maksud aku rujukan dari ‎segi hal-hal berhubungkait dengan aspek-aspek teknikal, aspek-aspek lakonlayar , cretive ‎concept, essentials – formatnya, structurenya dan valuenyer, begitu juga tentang target ‎audien nyer. Sebab tu kalau kita tengok cerita-cerita yang bersepah di rangkaian tv dan ‎pawagam sekarang isunya sama aje. Formalitynya agak sama. Tiada perbezaan. Tiada ‎yang outstandingnyer. ‎

    Ada kawan-kawan aku yang bertahun-tahun kerja di belakang tabir buat filem dan bergiat ‎serius dalam bidang seni ni tapi gagal menjawab soalan cepumas aku. Kebiasaannya ‎siapa director luar yang dia kenal selain dari spielberg? Paling tidak mungkin dia akan ‎kata Shyamalan ker, Kurusawa ker, paling tidak pun Lucas ker. Tapi dia hanya ternganga ‎aje. Mungkin dia aje yang tak mengikuti perkembangan filem luar walaupun itu bidang ‎dia. Mintak maaflah mungkin ramai yang di luar sana yang tidak seperti dia. Tapi ‎sekurang-kurangnya penggiat seni perlulah mempunyai rujukan dan mempunyai idola ‎pujaan yang boleh di ambil pendekatan. Kalau bukan meniru tapi mengikuti pendekatan ‎pun tidak apa asalkan mempunyai sumber untuk di buat perbandingan. Walaupun ‎memang pada dasarnya perbandingan tu seperti langit dengan bumi.‎

    Untuk memantapkan skil perlulah banyak buat pemerhatian. Salah satunya dengan ‎menonton wayang ciptaan orang-orang luar tu. Tak payah tengok filem Hollywood, ‎filem orang-orang siam pun dah ramai yang bagus-bagus. Arahan mereka pun lain dari ‎lain, Apatah lagi dengan Jepun dan Korea. Malahan Iran pun dah mendahului jauh ke ‎depan. Setiap kaum mempunyai budaya yang tersendiri. Cuma pendekatannya sama. ‎Skill yang berlainan. Umpama budak-budak sekolah yang nak ambil SPM kena banyak ‎ulang kaji penggiat seni jugak memerlukan hal-hal seperti ini jugak. Ketinggalan dari ‎segi teknologi tak bermakna kita akan ketinggalan segala-galanya. Banyak aspek lain ‎yang boleh kita pelajari untuk menaikkan seri skil dan mutu perfileman dan budaya seni ‎kita. Contohnya bagaimana memantapkan jalan cerita. Jangan terlalu klise sangat ‎sehingga jalan cerita terlalu straight forward. Budaya menyuruh orang kita menonton ‎cerita yang mudah-mudah sepatutnya dah berlalu. Biarkan mereka berfikir sikit bila ‎tengok drama atau filem. Kalau rasanya jalan cerita tu ringkas sangat kretif la sikit ‎dengan permainan camera works atau bermain dengan sinematografinya. Characternya ‎kena develop dalam sikit. ‎

    Membuat filem tak perlulah nak cari cerita-cerita yang berbelit-belit kalau tak pandai. ‎Cerita tentang masyarakat biasa berlambak. Cuma cara mengupasnya tu kena lebih ‎dalam. Paling penting Pengarah kena ambil perhatian kerja-kerja editing. Supaya tidak ler ‎terlompat-lompat. Muzik scorenyer pun tak synchronize dengan shot dan scene. Biasa ‎berlaku. Muzik terlebih-lebih. Kadang-kadang mood tanpa muzik pun bagus kalu pandai ‎cari tempatnya. Aku ni pandai gebang jer, kalau suruh pun tak tentu lagi. Cuma aku ‎hanya pandai goring bab-bab menulis skrip. ‎

    Aku pernah jumpa pengarah yang mempersoalkan tentang harimau dengan hujan di ‎hutan. Kisah pemburu yang takkan jumpa binatang buruan di dalam hutan waktu hujan. ‎Itu semua dalam skrip aku. Dia kata mana ada binatang keluar waktu-waktu macam tu. ‎Minta maaflah aku nak cakap kalau binatang tu dah kebulur pengarah tu tau ker harimau ‎tu tak terkam kalau kita menyerah diri waktu hujan. Kita pun kalau dah kebulur kelaparan ‎sanggup berbasahan dalam hujan mencari kedai mamak atau apa sahaja agar perut dapat ‎di isi. Perkara-perkara yang macam tu kena la kreatif sikit. Takkan tak boleh masuk ‎dalam cerita kalau scene tu penting untuk jalan cerita. Entahlah kadang-kadang ‎kebanyakan pengarah yang mengaku dia dah masuk waktu asar dalam bidang ni boleh ‎mengarut sampai tak terima idea-idea baru. Semuanya nak kerja mudah. Selamat dan ‎senang. Bukannya kira kreatif dan quality. Yang mereka fikirkan tentang siap pada ‎waktunya dan hantar secepat mungkin untuk dapat duit.‎

    Banyak lagi aku nak cerita pasal ragam seni di Malaysia ni. Nanti aku akan ceritakan di ‎lain waktu. Malam ni aku nak layan cerita Jumper. Apa yang jump nyer cerita ni akupun ‎tak tahu. Dah tengok baru tau. Cau

    Komen oleh lanjoy | Mac 26, 2008

Tinggalkan komen