Sudah Pagi Ahad da~~~
Setelah puas aku merapu berkenaan filem [lihat post sebelum nih, err... walaupon aku bukan org filem, tp nak merapu gak, ahahah] Maka aku teruskan kisah aku di sini. Act aku pk byk sgt. Oleh sebab aku ni xreti nak pendekkan tulisan aku [idea aku simple je, tp ntah mcmna aku leh tulis panjang berjela2, aku pon xtau...] maka dengan ini aku pon bukak la satu lg post yg baru. Klo diperap nt lupa lak nk tulis.
Act sebelum ni ada terbaca berkenaan Jodoh kt blog esarli. [Cari sendiri blog ni, kt Sehening Kalbu tu aku ada wat direct link] Spotong ayat yang aku ingat, “wanita yang tidak berkahwin kerana tiada jodoh.” Kata esarly dia cuma copy n paste di sini. tapi bukan itu yg aku mahu cerita.
Ayat tersebut sangat ringkas. Tapi korg semua nak percaya mcm tu ka?
“Tiada Jodoh”
Ada ka org yang sejak azalinya tertulis di Arasy bahawa lahirnya dia dengan “tiada jodoh” sehingga matinya dia. Bukakah bunyinya amat kejam? Seolah2 Tuhan tu sangat tidak adil kerna memberi Jodoh pada org ini, tetapi tidak memberi jodoh pada org itu. Amat tidak patut kan, kerna secara tidak langsungnya kita menyalahkan Tuhan Yang Esa itu. [Klo org itu adalah org yg berilmu, boleh jatuh kufur nih.]
Soal Jodoh
Jodoh itu ada, telah dijanjikan setiap kita punyai pasangan untuk dikahwini. Baca sahaja ayat Quran yang bermaksud, “diciptakan setiap makhluk itu berpasang-pasangan, agar kamu saling mengenali,” [maaf tak tahu surah apa ayat ke berapa] Maknanya mudah, peluang untuk bertemu jodoh itu sudah diberikan pada kita. Tapi ayat ini bukan menghalalkan untuk bercintan-cintun ha, [mcm pak2 ustaz muda yg selalu pertahankan, meluat aku] ayat2 yg melarang pergaulan bebas pon ada gak tau. Bagi la alasan apa pun, tp bg aku, cinta tu bukan untuk `try n error’. Ko da pilih dia, ko kawen dgn dia, kecuali dia mmg betul2 TEROK!!!
Bagi yang belum kahwen, sama ada tua atau muda, ingatlah kembali, pernah tak selama ini ada org asek perhati kita dari jauh, jeling kt kita. Pastu bila kita duduk dekat2 dgn dia, dia tu mcm bodo jek, berat mulutnya mcm ada emas di dalam. Bila bercakap, sepatah di tanya sepatah yg keluar. Korg pernah pk x dia tu jodoh korg? Biasa org penyegan beginilah sikapnya. Nak berkawan pon terasa sgt segan. Lagi la klo nk bercouple. Hahaha… tp soalnya di sini, mungkin itu jodoh korg kn?
Kemudian ingatlah saat penah bercouple, [Ni bagi org2 yang pernah kecewa dan dikecewakan, mcm aku la... sapo lg.] Pernah tak korg pk, mungkinkah aku sudah buat silap? Dan selama korg bercouple tu, ada org lain yg suka kt kita. Maka tanpa berfikir panjang kita pon pertimbangkan nk pilih org yg kita cinta atau org yg mencintai kita [nih selalunya bagi org yg rasa dia xhappy dgn couple dia tu, klo couple dia tu mmg teruk, lain la cerita, tp dia tau couple dia baik, tp oleh sbb suka yg org ke-2 tu, dia dalam dilema] Hrm, soalnya di sini…. kita ada pilihan kan?
Kemudian bg org yg terlalu merendah diri, asik berfikir negatif. Aku tak cantik, Aku tak hensem. Siapa la aku nih. Siapa la yang nak kt aku. Aku huduh. Aku gemok. Aku buncit. Aku mmg takde jodoh… [Selalu komen yg sangat negatif pd insan yang bernama aku] Yang ni terus terang adalah jenis yang mengalah sebelum berjuang. Pernahkah korg berfikir, klo la korg try ngorat org tu, mayb dia jadi pasangan kita kn. Belum cuba belum tau. Tak kesah la lelaki or perempuan. Formulanya senang je, bila kita kaco dia hari ni dan dia still ingat kt kita selepas 2 minggu, maka ada peluang la tu. Kaco berpada2 la, jgn jd stalker… Soalnya di sini…. Perlu ada keinginan kan?
Ade gak org yg xnak atau takut nak kawen. Kononnya nk tgu cinta sejati la. Nk tgu yg sesuai la, belum sedia la, susah nk percaya kt dia la, macam2 lg la… Yang ni lantak korg la. Apepon alasan korg, korg sendri yg menutup pintu jodoh tu… Maka jangan disalahkan sapa2 bila terpaksa hidup seorg diri sampai ke tua.
Kesimpulannya,
Jom kita ulang balik di sini:
1. Kita jumpa seorg yg malu2 kucing + penyegan yg amat dgn kita, tp sbb kita rasa dia xgentleman/xgentlewoman, maka kita pon jual mahal. Padahal, mayb dia jodoh kita kn?
2. Kita ada pilihan untuk memilih jodoh kita. Tapi, betulkah pilihan yg kita buat di saat dan waktu tersebut? Kadang2 kita tinggalkan sesuatu yg baik, mengharapkan yg lebih baik, padahal hakikatnya kita amik yg lebih buruk, dan tinggalkn yg terbaik untuk kita. Nih bagi si Playboy n Playgirl di luar sana.
3. Perlu ada keinginan. Klo xde keinginan nak bercinta dan berkahwin tu, susah la nk cakap. Sekurg2nya kene percaya. Jodoh tu ada untuk kita, dan kita layak untuk jodoh tu. Doakan kita dapat yg terbaik…
Maka apa korg tunggu lagi? Berusahalah… Ubati hati yg luka, untuk masa depan yang gemilang. Kadang kala mengahwini org yg kita tak cinta itu lebih bahagia, kerna cinta itu boleh hadir selepas kahwin. Cuma perlu ada perasaan redho pada perkahwinan itu, dan menyukai perkahwinan itu sendiri. Maksudnya kene la suka pada pasangan kita tu, dan setuju dengan rela untuk berkahwin dengan dia. Mungkin itu yang terbaik…
Menunggu Putera berkuda putih sambil menyorok di serambi loteng, mengharap dia menyedari kewujudan kita [maknanya menutup hati sambil menunggu org jatuh cinta kt kita la] tentu amat mustahil kan. Sekurang2nya perlihatkan diri di jendela agar mudah dilihat Sang Putera, dan jika Putera tak sedar kewujudan kita, apa salahnya menggamit perhatian Putera itu kan.
[harap2 korg paham la ayat tersimpul tersirat aku nih... hikhik]
Okies, Selamat bercinta untuk semua!!!
Jjangan lupa banyakkan berdoa mohon yg terbaik, serta rajin2 la wat istikharah tu…
PERCAYALAH PADANYA!!!
4 komen »
Tinggalkan komen
About
Cuma sebuah diari.Takda apa pon yang menarik di sini. Tapi klo korg tersinggah di sini gak, terima kaseh banyak~~~
Ingin mengenali daku? Singgahlah ke Sehening Kalbu…















Mengalah sblm berjuang? Haha.. terasa ai.. =P
Sape makan garam dia yg terasa masinnya… hikhik
SaMeKoM.. OrG Br jUmPa dIaRy dIeR.. PuAs dOk cArIk.. dEw nAmE EsArLi lEw kAt cNi.. hIkSs.. jOdOH eHhh.. eRmM.. WaIt n sEe.. bUt mUsT TrYiNg.. KuIkuIkUii..
esarli: alahai, cian dia, hikhik… tp sudah jumpa kn?