Di sebalik Mouseland…
Ahha, lupakan seketika pasal politik itu. Masa depan itu masih panjang. Tunggu dan lihatlah apa yang berlaku. Adakah hidup di Negara Ini bertambah baik ataupon semakin terok?
Mari kita kembali pada kisah Mouseland yang aku kesahkan di post sebelum ini. Sebenarnya kisah itu aku petik dari ucapan kempen Tommy Douglas dalam cerita filem “Prairie Giant: The Tommy Douglas Story.” Cerita ini sudah wujud dalam dunia ini sejak tahun 2006. Cuma aku baru dapat lihat dalam saluran Hallmark. Ini sedikit dari petikan tersebut:
Versi yang di animekan.
Sedikit berkenaan Tommy Douglas. Beliau merupakan seorang tokoh politik Kanada. Merupakan seorang paderi Gereja sebelum menceburi bidang politik. Kisah pertama bermula dengan pergolakan di lombong, menentang pemilik lombong. Masa ini Tommy menyedari pelombong tiada tempat dalam hospital kerana polisi hospital hanya menerima pesakit yang dilindungi insuran ataupon mempunyai duit tunai untuk dibayar sebagai pendahuluan.
Pernah menjadi seorang Ketua Menteri dalam salah satu daerah di Kanada. Serta memperjuangkan dasar Medicare, iaitu perlindungan perubatan untuk semua rakyat tanpa megira taraf hidup mereka. Pihak persekutuan ketika itu tetarik dengan dasar beliau. Maka Tommy diminta untuk bertanding di peringkat pusat. Namun kemudiannya tewas kerana penduduk negeri lain ketika itu memperjuangkan hak2 doktor tempatan. Dasar Medicare Tommy menarik banyak doktor luar serta doktor asing untuk bertugas di hospital milik kerajaan. (Doktor asing lebih murah kosnya… begitulah.)
Ini adalah ucapan akhir beliau, juga dipetik dari filem tersebut semasa memperingati ulangtahun penubuhan CCF, parti pertama yang disertainya untuk bertanding sebagai calon:
Ingin tahu lebih lanjut? Carilah sahaja filem asala tersebut. Ops, lupa diberitahu, filem tersebut mempunyai dua siri. Siri pertama dari sebelum beliau terlibat dalam politik, sehingga berjaya menjadi Ketua Menteri. Siri kedua pula sambungan dari siri pertama, kekalahan beliau, kemudian ke usia tua beliau sebagai pesara politik.














