MouseLand
Marilah kita semua berfikir…
Teringat satu cerita di saluran Hallmark pd petang hari mengundi itu…
Sebuah negeri tikus, dipanggil Mouseland…
Rakyatnya terdiri dari segala macam jenis tikus, yg besar, yg kecil, yg putih, yg hitam, yg kelabu, yg montok, yg muncung, yg mondok…
Namun sedihnya,
Kerajaan mereka terdiri dari kucing hitam…
Kucing2 hitam bermesyuarat dan mewartakan undang2,
undang2 yang baik bagi mereka,
Tp tikus2 semua sedar,
Undang2 yang baik bagi kucing itu, tidak sama sekali baik untuk tikus.
Undang2 kucing dicipta supaya kucing boleh hidup dgn aman, dan senang-lenang.
Had laju ditetapkan bagi tikus, supaya kucing2 tak perlu bersusah payah mengejar…
Tikus tidak boleh berkeliaran di tempat2 tertentu, kerna takut makanan kucing itu terganggu…
Maka tikus2 besar pon bersuara,
“Kita perlu menukar pemimpin kita…”
Empat tahun sekali tikus2 diberi kuasa untuk mengundi.
Hanya sekali sebelum menunggu lagi empat tahun.
Maka hanya sekali sahaja peluang untuk menukar pemimpin.
Maka bersetujulah semua rakyat tikus pada pilihan raya kali ini.
Mereka sebular suara menggulingkan kucing2 hitam…
Namun kemudian kucing2 putih dilantik untuk menjadi pemimpin.
Adakah sebarang perbezaan?
Tidak… Tentu sekali tidak.
Kucing hanya mencipta undang2 untuk kesenangan mereka.
Undang2 itu juga pasti mengabaikan hak2 asasi rakyat2 tikus…
Maka dalam pilihanraya berikutnya mereka menggulingkan kucing putih.
Kali ini kucing pituh dan kucing hitam dilantik menjadi pemimpin.
Dan mereka memanggilnya kerajaan campuran.
Adakah perbezaan kali ini?
Tidak… Tentu sekali tidak.
Bersuara tikus kecil,
“Kita perlu memilih kerajaan dari bangsa tikus…”
Malangnya tikus2 besar hanya mentertawakan kata2 tikus kecil itu.
“Mana boleh, tanpa kucing itu maka tiadalah kita…”
Tapi tikus2 besar tidak sedar, dgn adanya kucing itu, bangsa tikus semakin tersepit, dan mati seekor demi seekor.
Menjadi makanan kucing.
Sebilangan besar tikus dibiarkan hidup membentuk koloni, agar rantaian makanan bagi kucing itu tidak putus, atau habis.
Jika tiada tikus tentulah kucing susah mencari makanan bukan?
Maka untuk itulah sahaja undang2 kucing dicipta.
Agar mengekalkan populasi tikus untuk memberi kesenangan pada kaum kucing.
Soalnya, sampai bila bangsa tikus ingin terus menjadi makanan kucing?
hakikatnya tikus lebih ramai dari kucing.
Dan tikus berkuasa menggulingkan kerajaan kucing.
Cuma bangsa tikus perlu bersatu…
Dan saling percaya antara satu sama lain.
Kemudian aku berfikir lagi…
Tikus itu seperti kita, rakyat yang tak punya kuasa apa2.
Kucing itu tentulah wakil2 parti politik yang kita beri undi,
sokong tapi tak semestinya setuju…
Tetapi…
Adakah kita cuma menukar kucing2 yang berkuasa, dengan memberi peluang pada kucing2 yang tidak berkuasa. Maka terbentuklah kerajaan campuran.
Atau kita memiliki kerajaan dari bangsa tikus juga…
Yang memahami kehendak bangsa tikus yang sebenarnya?
Cuma janganlah jika tikus itu sebenarnya anjing yang memakai sarung dan topeng tikus…















me terkezut sikit ader rakan ofis nak wat selebration weekend nih kat rumah, siap jemput rakan2 lain, nak wat BBQ katernyer.. x sedar ker diaorang - menang sorak, kampong tergadai! uhuhu, sedeyy beb!
ruginya tak dpt tgk cite tu.
apepun harap pemimpin melayu penang sedar bahawa melayu di situ telah diketepikan! kadang2 pilihan kite tak semestinya tepat bagi sesetengah negeri. harap bangsa melayu di sana sedar ape sedang berlaku. tapi sy bersyukur pemerintahan kedah telah bertukar tgn. eksperimen rakyat untuk pemimpin. harap pemimpin tak bermimpi di siang hari, dan terlupa bahawa ade lagi PRU13.
HuRMM.. HaL2 pOLiTiK NiH XtAw nK HaBaQ MaI.. ErMmmM..
melayu kat penang dah lama terpinggir..pd dasarnya sy pun memang x suka DAP yg jadi pemimpin kat penang…tp syukur sangat2 kerana kedah dan selangor jatuh ketangan pembangkang PAS, PKR.. kedah memang dah di jangka..PRU 13 memang ada lagi..tp kalau di hidangkan dengan agenda yg sama berat sebelah yg dah basi di pihak media..segala kemungkinan boleh berlaku…..yg selalu kalah tidak akan pernah rasa bimbang akan kekalahan..kerana sudah terbiasa dgn kekalahan, ttp org yg pertama kali kalah akan terasa sangat2 kekalahan……..walau apapun belajarlah muhasabah diri dari kekalahan PRU12..jangan terlalu angkuh…….pade doh berilah peluang pada pembangkang pulak…kita tunggu dan lihat sajalah……..
wAiT N SeE.. HuHuuu..