Di Sini Berhenti

Perhentian Suatu Kenangan

RENUNG-RENUNGKAN…

Panggilan Allah hanya 3x saja…

Saat itu, Dhuha, hari terakhir aku di Masjid Nabawi untuk menuju Mekah……. .aku bertanya pada Ibu.
“Ibu, kataku, ada cerita apa yang menarik dari Umrah….?” Maklum, ini pertama kali aku ber Umrah.
Dan Ibu, memberikan Tausyiahnya.
Ibu adalah pemilik Maknah Tour Travel dimana saya bergabung untuk Umrah di bulan July 2007 yang lalu.
Kebetulan umrahku dimulai di Madinah dulu selama 4 hari, baru ke Mekah.
Tujuannya adalah mendapatkan saat Malam Jumat di depan Kabah. Jadi aku punya kesempatan untuk bertanya tentang Umrah.
Ibu berkata…”Shinta, Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup..”

Keningku berkerut…. ….”Sedikit sekali Allah memanggil kita..?”
Ibu tersenyum. “Iya, tahu tidak apa saja 3 panggilan itu..?”
Saya menggelengkan kepala.

“Panggilan pertama adalah Azan”, ujar Ibu.
“Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita sholat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak “cepat marah” akan sikap kita. Kadang kita terlambat, bahkan tidak sholat sama sekali karena malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi umatNya, baik umatNya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas umatNya ketika hari Kiamat nanti”.

Saya terpekur…. .mata saya berkaca-kaca. Terbayang saya masih melambatkan sholat karena meeting lah, mengajar lah, dan lain lain. Masya Allah……. ..

Ibu melanjutkan, “Shinta, Panggilan yang kedua adalah panggilan Umrah/Haji. Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya “bergiliran” . Hamba yang satu mendapatkan
kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. Jalannya bermacam-macam. Yang tidak punya wang menjadi punya wang, yang tidak merancang pula akan pergi, ada yang memang merancang dan terkabul. Ketika kita mengambil niat Haji / Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan “Labaik Allahuma Labaik/ Umrotan”, sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua. Saat itu kita merasa bahagia, karena panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali. Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu”.

Mata saya semakin berkaca-kaca. ……..Subhanal lah…… .saya datang menjawab panggilan Allah lebih cepat dari yang saya rancangkan.. …..Alhamdulill ah…

“Dan panggilan ke-3″, lanjut Ibu, “adalah KEMATIAN. Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan kasus, Allah tidak memberikan tanda tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal sholeh. Karena itu Shinta, manfaatkan waktumu sebaik-baiknya. ..Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah…. …….Insya Allah syurga adalah balasannya.. …”

* * Mata saya basah di dalam Masjid Nabawi , saya sujud bertaubat pada Allah karena kelalaian saya dalam menjawab panggilanNya. ….
Kala itu hati saya makin yakin akan kebesaranNya, kasih sayangNya dan dengan semangat menyala-nyala, saya mengenakan baju Ihram dan berniat….. ….
Aku menjawab panggilan UmrahMu, ya Allah, Tuhan Semesta Alam……..

Mac 19, 2008 DIkirim oleh anakkawi | Bukan Tulisan Aku | , | Tiada Komen

Projek sayangi penyu dan tuntung

Dalam sehari, ada pekedai di Terengganu mampu menjual sehingga 300 biji telur penyu. Bayangkan berapa banyak dalam sebulan?


PROF. CHAN ENG HENG (tengah) bekerja keras bagi membangkitkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan memulihara penyu dan tuntung di Malaysia.



Pada tahun 2006, Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melaporkan kepupusan spesies penyu belimbing yang membimbangkan di pesisiran pantai timur Semenanjung Malaysia.

Menggambarkan berita itu satu kerugian dan kehilangan besar kepada sektor pelancongan negara mahupun usaha pemuliharaan yang diambil sejak awal tahun 1960, Ketua Kumpulan Pemulihan dan Penyelidikan Penyu, Institut Oceanografi, di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof. Chan Eng Heng berkata, tiada rekod penyu belimbing diambil pada tahun lalu.

Berbanding lima ekor penyu belimbing yang direkod pada tahun 2006, pihak berkuasa dikatakan gagal mengawal keadaan bagi memastikan tiada sebarang ancaman berlaku terhadap spesies ini.

“Meskipun pihak atasan melaksanakan beberapa langkah termasuk mewartakan kawasan perlindungan penyu, namun tahap penguatkuasaannya masih rendah,” ujarnya melahirkan rasa kebimbangan.

Penyu belimbing atau nama saintifiknya Dermochelys coriacea merupakan spesies penyu laut yang paling distingtif dan luar biasa. Ia merupakan satu-satunya jenis penyu yang tidak mempunyai tulang tempurung yang keras dan mampu mencapai ukuran panjang sehingga dua meter.

DI setiap kayu penanda ini, terdapat puluhan biji telur penyu yang sedang dieram di Pulau Redang, Terengganu.



Berat penyu belimbing dewasa ialah dalam lingkungan 300 hingga 600 kilogram dan kerap mengunjungi kawasan pantai Rantau Abang, Terengganu untuk bertelur.

Walaupun peluang untuk menarik semula populasi ini agak tipis, namun Prof. Chan berharap kes yang sama yang tidak berulang pada masa akan datang.

Beliau kini mengalih perhatian kepada penyu agar dan penyu sisik yang tidak terlepas daripada ancaman luar.

“Sebaik-baiknya, kita memberi tumpuan kepada spesies penyu lain yang masih singgah di pesisir pantai Terengganu sebelum spesies ini turut menerima nasib malang seperti penyu belimbing.”

“Dua perkara utama yang harus dilakukan dengan segera ialah memberhentikan aktiviti penjualan telur penyu dan diikuti dengan usaha menganjurkan program pendidikan serta kesedaran dalam kalangan orang awam,” ujarnya yang mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang kajian dan penyelidikan penyu.
Tinjauan KOSMO! di Pasar Besar Kedai Payang di Kuala Terengganu yang terletak berhampiran dengan Sungai Terengganu menunjukkan penjualan telur penyu masih berleluasa.

Pekan ini menjadi medan penting bagi penggemar telur penyu mendapatkan bekalan yang bergantung pada musim dan permintaan pelanggan.

Telur penyu yang sebesar bola ping pong boleh mencecah sehingga RM20 bagi 10 biji. Kalau tiba musim penyu bertelur, banyak lagi telur dijual. Tidak hairanlah dikatakan dalam sehari, ada pekedai dapat menjual sehingga 300 biji telur. Ia dijual secara terbuka dan diletakkan gred bagi memudahkan pembeli termasuk pelancong luar membuat pilihan.

Bagi membangkitkan kesedaran orang ramai terhadap krisis ini, Prof. Chan dan rakan seperjuangannya telah menganjurkan sebuah kempen yang bertujuan untuk mengumpul sejuta tandatangan dari rakyat Malaysia yang prihatin terhadap nasib penyu dari seluruh negara.

Seorang peniaga yang sudah 10 tahun berdagang telur penyu berkata, telur penyu yang dibawa dari Sabah dan Indonesia dibahagikan kepada dua jenis iaitu telur penyu mentah (RM1.60 sebiji) manakala telur penyu masin dijual pada harga RM2 sebiji.

Mengulas lanjut, Prof. Chan menjelaskan UMT berjaya menyelamatkan 442,249 telur penyu agar dan 11,342 telur penyu karah sejak program pemuliharaan penyu dijalankan di Chagar Hutang, Pulau Redang pada 1993.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 352,259 anak penyu agar dan 7,331 anak penyu karah berjaya ditetas dengan pencapaian keseluruhan berada pada tahap 80 peratus penetasan.

Begitupun, jangan berasa puas kerana kejayaan sebenar hanya dapat diketahui dalam tempoh kira-kira 15 tahun akan datang.

Ini kerana secara dasarnya, penyu memerlukan masa hampir 30 tahun untuk menjadi matang dan kembali semula ke Chagar Hutang.

Mac 18, 2008 DIkirim oleh anakkawi | Bukan Tulisan Aku | , | 2 komen